Jumaat, 12 Disember 2008

PENGENALAN

Laman ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan fahaman terhadap persoalan-persoalan agama yang mampu difikir. Semoga rakan-rakan bloggers yang menghampiri website ini dapat turut memberi pandangan.

Menyentuh hal agama kita takut terlanggar hukum. Guru agama juga tidak menggalakkan kita bertanya dan berhujah menyebabkan persoalan terbuku dalam diri. Fahaman salah yang terbenam jauh dilubuk hati sukar diubah jika tidak dilahirkan dan dibawa berbincang secar terbuka.

Membuat kesilapan adalah laluan menambah ilmu. Selagi kita ikhlas dan sanggup menerima pandangan rakan lain tidak sebab kita perlu takut meluahkan pandangan.

Alhamdulillah, menerusi laman sebegini kita lebih bebas dan berani untuk mengemukakan pendapat.

Bukan hasrat untuk bercanggah pandangan dengan ulamak cuma untuk mengukuhkan fahaman. Banyak persoalan-persoalan agama yang tidak terjawab atau tidak jelas tetapi kita dipaksa menerimanya begitu saja. Bukan untuk menyentuh soal roh, syurga, neraka, khiamat dan hal-hal ghaib, tapi persoalan yang dipapar oleh Quran yang terjangkau oleh fikiran kita.

Blog ini masih dalam pembinaan, banyak kekurangannya. Tetapi inilah bentuk hidangan yang ingin saya bawa agar kita sama-sama dapat berkongsi fahaman dan fikiran.