Khamis, 19 Mac 2009

HEBATNYA NABI ADAM

Di dalam surah al-Bakarah dikisahkan Allah mencipta Adam dan dihidupkanNYA. Diajar Adam dengan berbagai ilmu. Seterusnya para malaikat disuruh belajar pada Adam:

31]
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
[32]
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
[33]
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
[34]
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
[35]
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".
[36]
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".


Dari kisah di atas dapat difahamkan yang Nabi Adam dicipta sendiri oleh Allah. Berguru terus pada Allah dalam kelas elit dengan perhatian one to one. Jika gurunya maha hebat, anak muridnya juga tentulah cukup hebat. Ditauliah Allah menjadi guru pada bukan sebarang murid tetapi para malaikat. Mengajar bukan disebarang tempat tetapi di dalam syurga 'University of Heaven'.

Namun Adam tewas oleh iblis. Adam diperdaya bukan di tepi jalan atau di pasar malam, tetapi semasa berada dalam syurga, di kampus Univerisity of Heaven.

Jika Adam yang sehebat itu pendidikannya boleh tertewas pada Iblis jelaslah sang Iblis ini dimensinya lebih tinggi dari Adam beerti juga jauh lebih tinggi dari manusia. Ancaman besarnya pula ia sudah berjanji akan menyesatkan umat Adam.

Jika Adam dapat dikalahkan, apakah anak cucu Adam dapat menandingi iblis? Adakah kita sudah cukup bersedia? Apakah bekalan ilmu yang ada mampu melawan serangannya? Ketika kita bergelut menghadapi sakratul maut iblis akan menyerang kita dari segala sudut, mampukah kita bertahan? Kita tak mampu tewas kerana tewas beerti neraka. Apa ikhtiar kita?

Tiap orang bertanggung jawap terhadap kehidupan akhiratnya.

Jumaat, 12 Disember 2008

PENGENALAN

Laman ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan fahaman terhadap persoalan-persoalan agama yang mampu difikir. Semoga rakan-rakan bloggers yang menghampiri website ini dapat turut memberi pandangan.

Menyentuh hal agama kita takut terlanggar hukum. Guru agama juga tidak menggalakkan kita bertanya dan berhujah menyebabkan persoalan terbuku dalam diri. Fahaman salah yang terbenam jauh dilubuk hati sukar diubah jika tidak dilahirkan dan dibawa berbincang secar terbuka.

Membuat kesilapan adalah laluan menambah ilmu. Selagi kita ikhlas dan sanggup menerima pandangan rakan lain tidak sebab kita perlu takut meluahkan pandangan.

Alhamdulillah, menerusi laman sebegini kita lebih bebas dan berani untuk mengemukakan pendapat.

Bukan hasrat untuk bercanggah pandangan dengan ulamak cuma untuk mengukuhkan fahaman. Banyak persoalan-persoalan agama yang tidak terjawab atau tidak jelas tetapi kita dipaksa menerimanya begitu saja. Bukan untuk menyentuh soal roh, syurga, neraka, khiamat dan hal-hal ghaib, tapi persoalan yang dipapar oleh Quran yang terjangkau oleh fikiran kita.

Blog ini masih dalam pembinaan, banyak kekurangannya. Tetapi inilah bentuk hidangan yang ingin saya bawa agar kita sama-sama dapat berkongsi fahaman dan fikiran.